Filem ‘Prebet Sapu’ yang diarahkan oleh pengarah muda Muzammer Rahman dan dibintangi oleh Amerul Affendi serta Mei Fen Lim dipilih oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mewakili Malaysia ke Anugerah Akademi (Oscars) ke-94 yang dijangka berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 27 Mac depan.

Memetik laporan Awani, Finas dalam kenyataan memaklumkan filem terbitan Le Mediator Studio, Kristal Azmir Sdn Bhd dan Konda Kondi Studio itu dihantar untuk bertanding bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pemilihan yang dibuat oleh Finas adalah berdasarkan pengarahan,penceritaan, sinematografi, lakon layar, lakonan, adunan bunyi, skor muzik, penataan seni dan suntingan filem. Ia melalui proses teliti yang dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Filem Finas terdiri daripada para penggiat industri filem tempatan bertaraf profesional dan berpengalaman.

Prebet Sapu mengisahkan kehidupan anak muda yang mencari makan di Kuala Lumpur sebagai pemandu prebet. Ia turut oleh Bront Palarae, Sharifah Amani, Nam Ron, Nadiya Nisaa, Chew Kin Wah, Jay Iswazir, Anas Ridzuan, Roslan Madun dan ramai lagi.

Prebet Sapu sebelum ini telah mengembara mengelilingi dunia ke beberapa festival filem antaranya Udine Far East Film Festival, Itali; Jogja-Netpac Asian Film Festival (JAFF) Indonesia; Toronto Reel Asian Film Festival, Kanada; Asian Film Festival Barcelona; Sepanyol dan Innovative International Film Festival di India.

Upin Ipin Keris Siamang Tunggal antara 32 animasi disenaraikan untuk Oscar 2020. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Antara 32 Animasi Disenaraikan Untuk Oscars 2020

Finas Umum Filem ‘Roh’ Terpilih Wakili Malaysia Untuk Bertanding Di Anugerah Oscar