Pastinya anda masih ingat akan kisah cinta hebat antara Thom dan Othman dalam filem Pulang yang ditayangkan di layar perak pada 26 Julai lalu. Bagi anda yang tidak sempat untuk melihat filem ini di layar perak, ini merupakan satu berita baik untuk anda kerana filem ini akan ditayangkan di Netflix tak lama lagi.

Pulang merupakan satu kisah cinta antara dua insan yang akan mengajar anda erti penantian dan kesabaran menanti insan tercinta kembali ke pangkuan anda. Filem ini bersandarkan kisah benar yang berlaku pada zaman 40an diturunkan ke tiga generasi dan kini di layar perak.

Family-Potrait-1-pulang.-JPG

Filem ini mengenai pasangan suami isteri, Puteri Aishah (Thom) dan Remy Ishak (Othman) yang terpaksa berpisah kerana Othman adalah seorang nelayan yang ingin mengubah nasib menjadi kaya dengan belayar ke serata dunia dan Thom terpaksa merelakan Othman pergi. Othman berjanji kepada Thom bahawa dia akan kembali, namun hari berganti hari, Thom masih menanti Othman kembali walaupun sudah 61 tahun berlalu. Apakah kesudahan kisah cinta mereka?

Bagi anda yang sudah menonton di layar perak, dan ingin menonton semula, serta bagi anda yang belum berkesempatan untuk menonton, anda bolehlah mendaftar di Netflix.

Baca lagi: ‘Pulang’ Filem Kabir Bhatia Yang Boleh Buat Mata Anda Berkaca