Filem bergenre seram, Pulau bakal menemui rakyat Malaysia pada 9 Mac ini.

Filem yang dikeluarkan oleh WebTVAsia ini bagaimanapun sudah mula menabur gosip-gosip hangat.

Baca Juga:

Kalau sebelum ini isu adegan panas, kali ini tular pulak isu poster Pulau yang seakan sama dengan poster Fantasy Island.

Dalam ciapan yang dibuat oleh seorang netizen di Twitter, beliau memuat naik poster Fantasy Island yang bersiaran di Netflix.

Melalui poster Pulau, konsep poster tersebut seakan sama di mana ia sebuah pulau sebagai fokus utama poster.

Persamaan dengan Fantasy Island lebih ketara apabila poster Pulau memaparkan sebuah gunung dengan wajah manusia di bawah laut.

Tidak pasti adakah syarikat produksi filem Pulau tidak sedar atau memang niat mereka untuk ‘copy paste’ poster Fantasy Island.

Fantasy Island diterbitkan pada 2020 disiarkan di Netflix dan dilakonkan oleh Michael Pena, Lucy Hale dan ramai lagi bintang ternama.

Filem Pulau pula diterbitkan pada tahun ini dan dibintangi oleh Amelia Henderson, Alif Satar, Ikmal Amry, Sanjna Suri, Joey Leong, Harris Anuar, Jazmy Juma, Mark O’Dea, Sabronzo, Evie Feroza, Cedric Loo, Pui Yi dan Vikar.

Ia mengisahkan tentang bagaimana sebuah percutian impian di pulau eksotik berubah menjadi mimpi ngeri dengan pertemuan kisah mistik yang menyeramkan dan kehadiran makhluk ilmu hitam yang kejam, dahagakan darah dan ingin membalas dendam.

Penonton boleh menjangkakan plot twist dengan heroin yang mempunyai sixth sense (Amelia Henderson) membongkar kebenaran yang telah lama terkubur oleh kutukan cinta terlarang.

Sebelum ini filem ini tular apabila memaparkan adegan tidak berbaju serta wanita berbikini.

Kehadiran model Ms Puiyi yang melakonkan aksi menghairahkan turut dikritik netizen.