16 tahun sejak mulai ditayangkan di pawagam, orang ramai masih lagi menyukai dan membincangkan mengenai karya daripada arwah Yasmin Ahmad. Salah satu daripadanya sudah pastinya filem Sepet yang berjaya memenangi anugerah Le Grand Prix du Jury di Perancis serta Best Asian Film Award di Festival Filem Tokyo ke-18.

Pada minggu ini, filem ini sedia untuk ditayang selama seminggu secara rasmi di YouTube menerusi channel Great Little Stories. Menariknya, para penonton turut berpeluang untuk bertanyakan segala soalan mengenai filem ini dimana para pelakon serta barisan kru yang menjayakan filem ini bakal menjawabnya.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

Filem Sepet sedia untuk ditonton di YouTube bermula 29 Mei lalu sehingga 5 Jun ini.Kehadiran filem ini di YouTube pastinya mengubat kerinduan orang ramai terhadap karya arwah Yasmin Ahmad yang sememangnya sangat unik.

Buat anda yang belum pernah atau mahu menonton filem ini sekali lagi, anda boleh klik video di bawah untuk menonton filem Sepet cinta antara gadis berbangsa Melayu bersama lelaki berbangsa Cina ini.

Ikuti juga perkongsian lelaki ini yang berkongsi mengenai pengalaman rakan Jepun beliau yang menonton Talentime karya arwah Yasmin Ahmad. Ketahui juga 13 sebab kenapa filem Rock Bro arahan Mamat Khalid wajar ditonton.

Ini Yang Berlaku Bila Kawan Jepun Aku Tonton Filem ‘Talentime’ Karya Yasmin Ahmad

13 Sebab Kenapa Filem Rock Bro Arahan Mamat Khalid Wajar Ditonton

Anda Mungkin Suka