Filem seram yang menyebabkan ramai takut kepada badut, It yang diadaptasi dari novel Stephen King kini kembali! Pengarah Andy Muschietti berkongsi beberapa gambar di laman Instagramnya memberi hint yang beliau bakal mengarah filem remake It ini.

Hunter Killer Photo

HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →
"Haha! Gua sudah kembali!" “Haha! Gua sudah kembali!”

Filem It ini nanti akan dipecahkan kepada dua siri filem. Andy sebelum ini pernah mengarah filem seram ‘Mama’ pada tahun 2013. Gambar yang dimuat naik oleh Andy simple; kerusi direktor yang tertulis ‘It’ dan juga gambar belon. Sudah cukup untuk memberitahu peminat yang filem itu sedang dalam proses pengambaran.

Day one

A photo posted by Andy Muschietti (@andy_muschietti) on

Projek remake filem ini yang diadaptasi dari novel tahun 1986 itu hampir tidak diteruskan sebenarnya. Direktor untuk filem ini, Cary Fukunaga telah meninggalkan projek ini dengan alasan perbezaan pendapat dengan studio yang menerbitkan filem ini, New Line Studio.

Saya tidak pernah tonton filem Mama arahan Andy ini tetapi filem berkenaan mendapat 65% di Rotten Tomatoes. Jadi harap-harap Andy dapat membawa sesuatu yang baru untuk filem remake It ini. Filem pertama It ini dijangka ditayangkan pada 8 September 2017 tahun depan.

it 1

BACAAN SETERUSNYA