Filem jenayah kewangan terbesar di dunia, 1MDB yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib Razak bakal menemui penonton di Bangkok akhir bulan nanti.

The Kleptocrats (2018), filem arahan Sam Hobkinson dan Havana Marking yang menceritakan bagaimana kisah skandal kewangan terbesar dunia dirungkai dari sudut pandang penguatkuasa undang-undang dan wartawan – termasuk dari The New York Times dan Wall Street Journal.

Ini merupakan kisah kecurian yang melibatkan beberapa orang yang terkenal di dunia. Ia turut dirakam oleh wartawan jurnal Tom Wright’s di dalam bukunya Billion Dollar Whale yang menceritakan dalang disebalik kekecohan ini iaitu Jho Low.

Tayangan filem yang akan berlangsung di Bangkok ini bakal menghangatkan lagi suasana politik di sana selepas Parti Future Forward mengeluarkan kenyataan pada bulan lalu bahawa wujud kerjasama di antara Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak berkenaan salah laku 1MDB.

Jurucakap kepada Parti Future Forward, Pannika Wanich telah melemparkan tuduhan di parlimen semasa ‘no-confidence debate’. Beliau berkata bahawa wujud ‘pakatan gelap’ di antara dua orang paling penting di Malaysia dan Thailand untuk mengunci mulut Xavier Justo – seorang whistleblower – ketika beliau membuat lawatan ke Koh Samui pada 2015.

Namun berita ini dinafikan oleh Prayut Chan-o-cha. Beliau berkata sedang mengambil kira mahu menyaman Pannika terhadap tuduhannya. Beliau turut meminta Pannika berhati-hati kerana dakwaan mampu untuk menjejaskan hubungan antara kedua-dua negara.

Filem ini akan dipaparkan di Lido Connect dan House Samyan mulai 19 Mac nanti.

Berikut adalah cerita lain mengenai 1MDB yang perlu anda tahu. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Bekas CEO Sahkan RM70,000 Daripada Dana 1MDB Dibelanjakan Untuk Kopi Starbucks

Netizen Angkat Nor Salwani Sebagai Hero Selepas Misi ‘Gila’ Bongkar Salah Laku 1MDB