Filem comeback Jennifer Lopez ke pentas Hollywood, Hustlers sepatutnya sudah berada di pawagam untuk tontonan umum. Tetapi, secara tiba-tiba filem ini ‘ditunda’ kepada satu tarikh yang baharu.

18 September 2019 merupakan tarikh tayangan perdanan untuk filem Hustler tetapi ianya dibatalkan di saat-saat akhir, beberapa ja sebelum ianya ditayangkan. Pengedar filem Hustlers, TGV Pictures berkata filem berkenaan perlu ditunda kerana ‘masalah teknikal’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tetapi, pihak Square Box Pictures telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Hustlers telah diharamkan saat akhir untuk ditayangkan di Malaysia. Berikutan itu, pihak Square Box Pictures memohon maaf kepada semua yang terlibat untuk tayangan perdana filem ini serta kepada peminat Jennifer Lopez yang menantikan filem ini sejak sekian lama.

Hustlers merupakan filem berkisarkan kisah hidup penari tiang yang menjayakan scam kepada pelanggan mereka demi megubah hidup mereka menjadi lebih baik.

Mungkin ada sebab-sebab kukuh mengapa filem ini diharamkan di minit-minit akhir. Ada peminat berpendapat filem ini tidak sepatutnya diharamkan tetapi dikhaskan untuk tontonan 18 tahun ke atas sahaja.

Disebabkan filem lakonan J-Lo ini diharamkan, ini beberapa filem menarik lain yang anda boleh tonton di pawagam ketika ini.

Kenapa Filem ‘Scary Stories To Tell In The Dark’ Anda Patut Tonton?

‘Sangkar’ Catat Kutipan RM4.8 Juta Dalam Masa 5 Hari

Tonton Trailer Terbaharu Filem ‘Rambo: Last Blood’