Steven Soderbergh bukan nama yang asing dalam dunia perfileman Hollywood. Karya paling terkenal di bawah kendalian beliau semestinya siri Ocean’s Eleven.

Baru-baru ini, beliau baru sahaja menamatkan projek beliau, ‘Unsane’ filem thriller yang dirakam sepenuhnya dengan iPhone. Bagi beliau, iPhone adalah telefon pintar adalah masa depan dunia perfileman di masa akan datang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

FRANCE-CINEMA-USA-FILM-DEAUVILLE

Unsane bukanlah filem pertama yang dirakam sepenuhnya dengan iPhone. Filem Tangerine adalah filem pertama yang dirakam dengan iPhone dan pada ketika itu, Tangerine hanya dirakam menggunakan iPhone 5 sahaja.

“Bagi saya, rakaman video dengan iPhone adalah masa depan dunia perfileman. Sesiapa yang pergi menonton wayang tak akan fikir pun tentang produksi dan tidak akan ambil tahu sesuatu filem itu akan dirakam dengan iPhone,” kata Soderbergh. Menurut Soderbergh, filem akan datang beliau juga kemungkinan besar akan dirakam dengan iPhone sepenuhnya.

Jika pengarah tersohor pun sudah menggunakan iPhone untuk membuat filem di Hollywood, anda yang guna iPhone X pun boleh buat satu filem dengan iPhone anda. Dengan kenyataan Soderbergh ini, mungkinkah akan ada lebih banyak filem indie dirakam dengan iPhone selepas ini?

Sumber