Nampaknya populariti Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Bin Mohamed telah sampai ke India. Baru-baru ini seorang penerbit Bollywood mengumumkan rancangan untuk menghasilkan filem mengenai kemenangan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut penerbit, Raman Kumar berkata filem ini akan mengisahkan tentang politik dan bagaimana Tun Dr. Mahathir menggunakan kebijaksanaan serta pengalaman 22 tahun beliau sebagai perdana menteri pada tahun 1981 hingga 2003 serta bertanding sekali lagi bagi melawan korupsi serta menentang rasuah bagi menerajui negara.

Mahathir-Mohamad-photo-Zaid-blog

Beliau berikan tajuk filem ini ‘Mahathir Penyelamat Malaysia’, filem ini bakal dihasilkan di dalam bahasa Hindi dan bakal dialih suara kepada Bahasa Melayu dan Inggeris.

Beliau juga akan menampilkan pelakon dari Malaysia dan sebahagian daripada krew filem dari Mumbai, India. Wah tak sabar kami ingin menontonnya nanti. Agak-agak anda siapakah yang akan melakonkan watak Tun Mahathir ?

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group