Meskipun menerima kritikan yang teruk daripada pengkritik filem, Venom nampaknya masih lagi mampu dan menjadi pilihan penonton ke wayang sehingga dinobatkan sebagai filem dengan kutipan tertinggi bagi bulan Oktober.

Menurut laporan CNN, Venom setakat ini telahpun mengutip $80 juta (RM 332 juta) di Amerika Syarikat serta mengalahkan kutipan filem Gravity yang mengutip sebanyak $20 juta (RM 83 juta). Dari segi jumlah kutipan global, Venom turut menunjukkan angka yang positif dengan jumlah kutipan sebanyak $205 juta (RM 800 juta) pada minggu pertama tayangan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Venom juga berjaya mengalahkan kutikan pembukaan filem pertama Captain America dan juga Thor! Walaupun filem ini mendapat reaksi pelbagai daripada peminat filem, namun ianya tidak menghalang Venom untuk membuat kutipan tinggi. Nampaknya cerah peluang buat filem Venom hadir dengan sekuel di masa akan datang.