Jarang sekali lokasi filem di Malaysia menjadi peranan penting dalam filem-filem Hollywood. Namum sejak akhir-akhir ini nama negara Malaysia telah menjadi pilihan sebagai lokasi pengembaraan filem antarabangsa.

Filem Venom yang baru sahaja ditayangkan pada minggu lepas telah menjadikan Malaysia sebagai tempat lokasi pertama dalam pembukaan filem ini. Pada permulaan filem ini, ia memaparkan roket angkasa milik LIFE Foundation membawa Symbiote terhempas di sebuah hutan. Apa yang lebih menarik, hutan tersebut merupakan Hutan Simpanan Borneo yang terletak beberapa batu dari Sibu, Sarawak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain di Hutan Simpanan, terdapat beberapa tempat lagi filem ini antaranya di pasar malam di sebuah kampung Sibu Sarawak dan lapangan terbang Sibu. Seterusnya penggunaan ayat bahasa Melayu pada permulaan filem ini telah menjadi bualan di laman Twitter.

https://twitter.com/eipellyas/status/1049368980194906112

https://twitter.com/elkrsty_/status/1048861530974904320

Jadi disebabkan ramai yang bertanya, kami membuat sedikit penyelidikan. Menurut nota produksi yang dibekalkan kepada umum, kampung di Sarawak ini sebenarnya adalah set studio di Georgia. Jika anda sudah menonton, pasar malam yang muncul di dalam filem ini tidak sama seperti pasar yang biasa kita terjah di Malaysia.

Tambahan lagi, pakaian pegawai EMT juga bertulisan bahasa Cina, tidak dalam Bahasa Malaysia. Kenderaan van yang muncul dalam adegan itu juga tidak sama seperti kebanyakkan van yang ada di Malaysia.

Bagaimana pula dengan adegan di lapangan terbang Sibu? Kemungkinan besar ada pihak produksi yang sempat turun ke Malaysia untuk merakam suasana lapangan terbang Sibu dan mereka semula set lapangan terbang Sibu di sana. Atau mungkin ianya dirakam di lapangan terbang Sibu?

Harapnya di masa akan datang akan lebih banyak tempat menarik di Malaysia diperkenalkan dalam filem Hollywood selepas ini. Kepada yang belum melihat ini, anda boleh menonton filem ini di pawagam berdekatan dengan anda, filem ini kami beri rating 7.5/10.