Sekurang-kurangnya 15 pelancong dari Malaysia kini terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila Ninoy Aquino selepas pihak imigresen Filipina tidak menerima bukti vaksinasi menerusi sijil vaksin digital Malaysia dalam aplikasi MySejahtera.

Menerusi laporan The Star, salah seorang pelancong yang tidak mahu namanya disebut memaklumkan bahawa mereka bukan sahaja dihalang masuk ke Filipina, malah pasport mereka turut dirampas dan bakal dihantar pulang oleh pihak berkuasa Filipina pada hari Selasa ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan bahawa penumpang yang telah divaksinasi di Singapura atau United Kingdom dan berada dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah diberikan kebenaran untuk masuk ke Filipina, namun mereka yang telah divaksinasi di Malaysia telah dilarang untuk masuk.

15 penumpang, di mana 13 daripadanya warga Malaysia dan dua lagi, warganegara asing diberitahu oleh pihak imigresen Filipina bahawa mereka perlu menunjukkan bukti vaksinasi sama ada telah di negara lain seperti Singapura atau memiliki Sijil Vaksinasi Antarabangsa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Isu 15 penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila Ninoy Aquino turut mendapat perhatian Duta Besar Malaysia ke Filipina. Difahamkan bahawa beliau secara peribadi turun menemui penumpang yang terkandas dan kini sedang cuba sedaya upaya untuk mencari jalan keluar kepada isu yang timbul.

“Kami telah diberitahu bahawa Kedutaan Malaysia di Filipina telah menghantar rayuan untuk timbal balik vaksinasi pada Khamis (10 Feb), tetapi tiada maklumat terkini daripada Agensi Hal Ehwal Luar Filipina. Mereka cuba sedaya upaya untuk berunding dengan imigresen, bersama-sama pasukan Malaysia Airlines, tetapi tidak berjaya dan kini semua rakyat Malaysia terkandas,” kata penumpang tersebut kepada The Star.

Kerajaan Filipina dapat kebenaran untuk masukkan Sabah ke dalam peta. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Kerajaan Filipina Dapat Kebenaran Untuk Masukkan Sabah Ke Dalam Peta

Bagaimana Jollibee Ketepikan McDonald’s Untuk Terus Kekal Nombor Satu Di Filipina

‘Perang’ Antara Rakyat Filipina Dan Nas Daily Buat Vlogger Dari Israel Ini Hilang Ratusan Ribu Pengikut