“Kenapa saya dilahirkan di kampung di Malaysia dan bukan bandar besar di China? Saya suka China dan Jepun,” kata Abby Lee, peserta peringkat akhir Miss International Malaysia (MIM) 2022 yang kini teruk dikecam selepas beberapa siri kenyataan yang mengundang kritikan ramai.

Memetik laporan Malay Mail, satu hantaran tular selepas pengguna Facebook bernama Hui Yue berkongsi beberapa siri kenyataan yang berbaur kritikan di mana Lee didakwa mengutuk Malaysia dan menyerang masyarakat di Asia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam salah satu tangkap layar, Lee mengakui dia hanya menyertai pertandingan kecantikan itu kerana meminatinya, bukan kerana cintakan negara ini.

“Saya menyertai ini untuk kepentingan saya, bukan kerana saya cintakan negara saya. Mereka yang rapat dengan saya sentiasa tahu bahawa saya langsung tidak mengambil berat tentang negara. Saya tidak pernah menganggap diri saya sebagai rakyat Malaysia dan sentiasa mahu berhijrah,” tulisnya.

Lee juga didakwa pernah mengeluh bahawa dia sepatutnya dilahirkan di China atau Jepun – negara yang lebih dipandang tinggi – berbanding lahir di negara ini selepas insiden di mana seorang jurugambar telah mengambil gambarnya dengan kualiti yang tidak baik semasa pertandingan itu.

Kenyataan Lee telah mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia. Sebahagian menyelar beliau kerana bersikap tidak jujur dan rasis. Selain itu, ada juga netizen yang meminta beliau untuk keluar dari Malaysia jika dia tidak berpuas hati. Manakala terdapat juga netizen yang mendakwa bahawa Lee tidak mempunyai kualiti sebagai seorang ratu cantik.

Dalam satu kenyataan balas, Lee mendakwa bahawa tuduhan yang tular di media sosial adalah palsu. Dia juga memberitahu terdapat beberapa kejadian yang berlaku disebabkan emosi yang tidak stabil. Lee turut menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai niat yang jahat dan meminta maaf kepada mereka yang terkesan dengan kelakuannya.

“Saya memohon maaf atas perbuatan saya yang beremosi ini, maaf, MIM tidak terlibat dalam isu ini dan telah memberi amaran kepada saya setelah mengetahuinya (sic).

“Saya amat kesal kerana menimbulkan masalah kepada MIM.

“Sebarang mesej lain adalah khabar angin yang tidak berasas, tetapi salah saya kerana membiarkannya berlaku kepada MIM, sekali lagi sangat menyesal untuk itu,” katanya.

Netizen berang, bekas Miss Malaysia kata orang Afrika-Amerika ‘pilih untuk dilahirkan hitam’. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Netizen Berang, Bekas Miss Malaysia Kata Orang Afrika-Amerika ‘Pilih Untuk Dilahirkan Hitam’

Teruk Diserang Netizen Malaysia, Facebook Kedutaan Ukraine Tutup Ruangan Komen