Nampaknya syarikat akhbar yang mula diterbitkan sejak pada tahun 1888 iaitu Financial Times berjaya menguasai sebuah laman web digital terkemuka iaitu The Next Web. Pembelian ini sekaligus berjaya menjadi pemilikan pertama Financial Times untuk sebuah syarikat di Eropah.

Untuk pengetahuan, The Next Web merupakan sebuah laman web yang menawarkan berita mengenai teknologi dan bisnes serta kerap menjalankan aturcara buat orang ramai.

TNW-at-FTHQ
Sumber: Tech.eu

Mula diperkenalkan pada tahun 2006, The Next Web berjaya mengumpul sejumlah pembaca serta orang ramai yang berminat dalam mendalami mengenai inovasi serta teknologi terbaru.

Berdasarkan termeterainya pemilikan Financial Times keatas The Next Web, kedua-dua syarikat ini bakal bekerjasama dalam menawarkan lebih banyak peluang kerjaya serta melebarkan sayap dalam sektor bisnes bagi pasaran Eropah. Pemilikan ini juga dilihat sebagai salah satu cara Financial Times kekal releven di dalam pasaran meskipun masih lagi menjalan bisnes berasaskan media cetakan iaitu surat khabar.

Sumber