Filem Roh arahan Emir Ezwan, telah dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan Filem Finas untuk mewakili Malaysia ke Anugerah Oscar ke-93 bagi kategori Filem Antarabangsa.

Mengikut kenyataan yang dikeluarkan Finas, filem tersebut dipilih oleh jawatankuasa yang terdiri daripada para pengiat industri filem tempatan yang profesional dan berpengalaman.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Screenshot (695)
SUMBER: KELI MERAH

Katanya, pemilihan tersebut telah melalui proses penilaian yang terperinci berdasarkan kriteria perfileman yang merangkumi pengarahan, penceritaan, sinematografi, lakon layar, lakonan, adunan muzik, skor muzik, penataan seni dan suntingan filem.

Tambahnya lagi, pemilihan filem tersebut juga dibuat berdasarkan peraturan pertandingan yang ditentukan oleh pihak penganjur sendiri.

“Finas sentiasa komited dalam menyokong segala usaha ke arah memacu industri perfileman Malaysia ke peringkat antarabangsa,” kata Finas menerusi kenyataan itu.

Menurut sumber, Finas telah mencalonkan satu karya filem lain untuk bertanding di anugerah Oscar sejak tahun 2004 lagi.

maxresdefault
SUMBER: OH!MEDIA

Roh merupakan karya pertama pemenang anugerah Emir Ezwan dan mengikut sumber, filem ini pernah mendapat pelancaran antarabangsa di Festival Filem Singapura.

Filem yang diterbitkan oleh Kuman Pictures, syarikat produksi yang diasaskan oleh Amir Muhammad ini mengisahkan tentang dua kanak-kanak yang menemui seorang gadis kecil misteri di tengah hutan dan membawanya pulang ke rumah, di mana kejadian aneh mula menimpa keluarga tersebut selepas satu ramalan yang menakutkan dibuat oleh gadis kecil misteri itu.

A022_C013
SUMBER: OH!MEDIA

Filem seram yang diinspirasikan daripada filem klasik Jepun yang berjudul “Ohinaba” ini telah ditayangkan pada 19 Mac 2020 yang lalu dan dibarisi pelakon berpengalaman seperti Namron, Farah Ahmad dan Junaidah M Lojong. Turut membintangi, pelakon kanak-kanak Mhia Farhana, Harith Haziq dan Putri Qaseh.

Ketahui lebih lanjut tentang filem keluaran Malaysia hasil tulisan dari Vocket. KLIK pautan di bawah untuk membaca.

15 Filem Malaysia Ini Menonjolkan “Surrealisme”, Simbolik Interpretasi Dan Komunikasi Dalam Pawagam

Kembali ‘Trending’, Filem Epik Ejen Ali: The Movie Kini Boleh Ditonton Menerusi Netflix

Geran, Filem yang ‘Gagal’ Di Malaysia Tetapi Dipandang Tinggi Oleh Mat Salleh