Fungsi ‘Find my iPhone’ sememangnya telah menjadi sesuatu yang eksklusif buat para pengguna pengguna iPhone. Aplikasi ini bukan sahaja sangat membantu dan responsif malah telah membantu orang ramai mendapatkan iPhone mereka kembali.

Dalam pada itu, terdapat beberapa kes kecurian yang membuatkan iPhone gagal dikesan berikutan iPhone tidak dihidupkan. Berita baik buat pengguna iPhone, Apple dikatakan bakal menyediakan sebuah kemaskini dimana fungsi ‘Find my iPhone’ bakal diaktifkan meskipun iPhone dimatikan.

find-my-iphone-feature-1

Setakat ini masih belum terdapat sebarang laporan bagaimana Apple bakal merealisasikannya. Kemungkinan Apple akan menyediakan sebuah integrasi dimana iPhone masih boleh menghantar lokasi menggunakan kuasa bateri kecemasan yang disediakan.

Melihat kepada usaha Apple untuk berusaha dengan lebih awal pada kali ini dijangka iPhone dan iOS bakal hadir dengan perubahan yang sangat besar pada tahun hadapan. Sebelum ini Apple juga dilaporkan bakal hadir dengan skrin lengkung serta teknologi pengecasan tanpa wayar.

Sumber