Sebut sahaja penawaran Wi-Fi pasti ramai yang suka. Lebih-lebih lagi sekiranya anda sedang berada di negara orang dimana ketiadaan internet mungkin bakal memberi masalah besar buat anda.

Kini setelah beberapa bulan ditawarkan di beberapa buah negara, Facebook secara rasminya pada hari ini telah menawarkan fungsi Find WiFi khusus buat semua pengguna Facebook.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui fungsi ini anda boleh dapatkan dimana lokasi atau kedai yang menawarkan Wi-Fi percuma sekitar anda.Anda boleh dapatkan fungsi ini dengan menekan di butang more dan pilih Find WiFi.

Kami lihat fungsi ini sangat menguntungkan para peniaga serta pengguna dimana kedai para peniaga bakal menjadi kunjungan kerana menawarkan perkhidmatan Wi-Fi percuma sekaligus meningkatkan bilangan orang ramai untuk melawat ke kedai tersebut.

Fungsi Find Wi-Fi ini kini telah ditawarkan secara menyeluruh dan anda boleh dapatkan fungsi terbaru ini melalui kemaskini aplikasi terbaru Facebook di iPhone dan juga Android anda.

Dalam pada itu, fungsi seperti ini juga bakal hadir buat pengguna Android O dan dikhabarkan Android bakal menawarkan akses sambungan ke Wi-Fi percuma yang selamat secara automatic. Mungkin selepas ini anda tidak lagi perlu mencuba WiFi yang tersedia di tempat awam satu persatu lantas menjimatkan masa anda.