Finland adalah sebuah negara yang mementingkan produktiviti selama bertahun-tahun, bermula dengan undang-undang 1996 yang memberi peluang kepada pekerja untuk menentukan masa bekerja mereka sendiri.

Sanna Marin, jaguh politik baharu Finland nampaknya tidak segan untuk meneruskan budaya ini – cadangan yang diusulkan sebelum beliau naik sebagai Perdana Menteri – untuk menukar waktu kerja selama empat hari atau enam jam bekerja dalam satu hari.

Perdana Menteri termuda dunia dan dipimpin bersama-sama dengan empat wanita lain menyatakan bahawa dasar ini adalah untuk memberi peluang kepada rakyatnya menghabiskan masa yang lebih bersama keluarga.

Untuk rekod, Marin bukanlah ahli politik pertama yang mempunyai pandangan ini. Sweden pernah menguji waktu kerja selama enam jam beberapa tahun lalu.

Manakala Parti Buruh UK pula berjanji untuk membawa 32 jam waktu bekerja dalam tempoh 10 tahun dan Perancis menurunkan jam kerja kepada 35 jam.

Perkara ini juga telah dilakukan oleh beberapa firma seperti Perpetual Guardian, satu syarikat kecil di New Zealand yang menjalankan perniagaan perkhidmatan memperkenalkan sistem empat hari kerja.

Di Ireland pula ICE Group mengakui sistem empat hari kerja telah berjaya membawa kepada produktiviti yang lebih serta memberi peluang kepada pekerja untuk mengambil masa untuk berehat.

Marin pertama kali membincangkan idea ini semasa acara ulang tahun ke-120 Parti Sosial Demokratik pada musim panas lalu. Dia memberi bayangan mahu membawa Finland ke satu landskap masa depan yang lebih baik.

Sanna Marin dinobat sebagai perdana menteri termuda dunia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Sanna Marin Bakal Jadi Perdana Menteri Termuda Dunia Di Usia 34 Tahun

Sumber