Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sehingga ke hari ini, nama Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Nor menjadi sebutan hangat netizen selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi.

Pada 5 April yang lalu, Neelofa telah melancarkan selipar ‘Mesra Muslim’ bersama jenama selipar tempatan, Fipper. Selipar berkenaan yang dijual pada tanda harga RM79.90 sepasang dirasakan mahal oleh sesetengah individu.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

Namun, apa yang menarik perhatian serta menjadi persoalan netizen ialah spesifikasi selipar tersebut yang dikatakan ‘Mesra Muslim’ sedangkan apabila dilihat reka bentuk selipar tersebut boleh dikatakan lebih kurang sama sahaja dengan selipar lain yang ada di pasaran.

Lantaran isu ini menjadi bualan serius netizen, Fipper dalam satu kenyataan media telah menyatakan bahawa terma ‘Mesra Muslim’ itu merujuk bahawa produk selipar Slip On Fipper x TheNoor ini sesuai untuk kegunaan serta imej Muslimah yang memakai stokin. Fipper juga memohon maaf atas kekeliruan yang timbul.

Posted by Fipperslipper on Wednesday, April 7, 2021

Namun begitu, ‘nasi sudah menjadi bubur’ dan berikutan kontroversi itu, ada segelintir netizen mahu memboikot semua jenama yang berkaitan Neelofa termasuk hasil kolaborasi beliau bersama syarikat terkemuka tempatan yang lain.

Semoga Neelofa terus cekal menghadapi dugaan ini dan berharap situasi tegang antara beliau dan netizen akan segera pulih dalam masa terdekat.

Sebelum ini Neelofa terpalit dengan pelbagai kontroversi. Baca lagi pada pautan di bawah.

‘Free Marketing’ Seluruh Negara, Neelofa Bersyukur Chatime Di Langkawi Sudah Diketahui Ramai

Tiada Pembukaan Cawangan Baru, Netizen Bengang Chatime Cuba ‘Backup’ Alasan Neelofa Ke Langkawi

Isu ‘Trademark’ Harimau Menangis Tular Hingga Ke Thailand, Netizen Malaysia Minta Maaf

Anda Mungkin Suka