Nota Editor: Terima kasih kepada Firdaus Pay kerana sudi berkongsi penulisan ini di Vocket. Tengok gaya dia, macam taklah susah sangat bayar PTPTN.

Cerita Peribadi

Saya dikejutkan dengan berita permohonan pinjaman perayaan (festival loan) saya telah ditolak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
firdaus-pay
Penulis, Firdaus Pay

Saya sangat terkejut kerana permohonan tersebut ditolak atas sebab rekod CCRIS saya tidak cantik. Selama ini, rekod CCRIS saya sangat cantik (clean CCRIS).

Terkilan dengan berita tersebut, saya telah pergi ke Kiosk BNM untuk mencetak penyata CCRIS.

BACA: Bagaimana Dapatkan Laporan CCRIS Dengan Mudah Dari Rumah

Penyata CCRIS Koyak

Terkejut beruk tengok penyata CCRIS ada tunggakan 57 bulan (months in arrears).

Hancur masa depan nak buat permohonan baru di mana-mana bank selepas ini.

Untuk pinjaman PTPTN yang baru dimasukkan ke dalam penyata CCRIS saya, tunggakan adalah melebihi RM15,000.

Untuk pengetahuan anda, saya secara konsisten telah membayar RM200 setiap bulan untuk pinjaman PTPTN saya.

Sepatutnya kena bayar RM500 sebulan kalau tidak mahu ada baki tertunggak – tapi gua mana mampu bro nak bayar PTPTN sebanyak itu.

Untuk rekod, saya telah membuat pinjaman PTPTN di 3 peringkat pengajian:

  1. Diploma
  2. Sarjana muda
  3. Sarjana

Jumlah keseluruhan pinjaman hampir RM50,000!

Dulu masa mohon PTPTN langsung tak terfikir tentang risikonya, sekarang barulah merasa.

Tunggakan Dilangsaikan

Alhamdulillah, saya telah mengeluarkan sejumlah RM15,000 daripada akaun 2 KWSP saya untuk selesaikan tunggakan tersebut.

Penstrukturan Semula Pinjaman PTPTN

Setelah membayar tunggakan pinjaman PTPTN, saya telah pergi ke pejabat PTPTN terdekat untuk mengurangkan komitmen bulanan daripada RM500 kepada RM200 sebulan (ini baru gua mampu bayar bro, haha!).

Alhamdulillah, permohonan berjaya.

Pengajaran

Cerita ini adalah daripada pengalaman peribadi sebenar saya, harap anda semua dapat pengajaran daripada cerita ini.

Dah pinjam PTPTN tu pandai-pandailah bayar oiii haha. Masa belajar, duit PTPTN buat joli siapa suruh!

Hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut (jadi ustaz kejab).

Cara Semakan Status PTPTN

Di bawah saya sertakan link baru untuk check status PTPTN anda. Boleh copy link ini:

http://eform.ptptn.gov.my/semakan-senarai-hitam/index.cfm

Semoga bermanfaat.

Kalau ada sesiapa nak memohon apa-apa pinjaman, sila periksa status terkini anda.

Andai anda tersenarai dalam senarai “Akan Disenarai Hitam”, kebarangkalian pinjaman PTPTN anda telah masuk CCRIS adalah tinggi. PTPTN masuk CCRIS, susahlah nak lepas loan sekarang ini.

Andai anda tersenarai dalam senarai “Telah Disenarai Hitam”, maknanya gelap masa depan. CONFIRM permohonan pinjaman di mana-mana bank akan ditolak! Nak ke luar negara memang sahlah tak lepas!

Pelikkan, melancong ke luar mampu pula, hutang PTPTN tak nak bayar langsung. Haha peace yooo!

Ini hanyalah pengalaman peribadi diriku untuk pengajaran orang lain.

firdaus-pay
Rekod CCRIS

Saya sertakan contoh rekod PTPTN yang telah dicantikkan semula (atas) dan contoh rekod PTPTN yang sudah KOYAK.

Baca lebih lanjut di: Ini Cara Peminjam PTPTN Bebas Dari Rekod Buruk CCRIS

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber