Firefly bakal sambung semula operasi ke Singapura mulai 21 April 2019 ini menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke. Untuk pengetahuan anda, Firefly menggantung penerbangannya ke Singapura sebelum ini berikutan isu perkhidmatannya dipindahkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi ke Lapangan Terbang Seletar.

Malaysia dan Singapura telah mencapai persetujuan bersama untuk menyelesaikan pertikaian ruang udara yang berlanjutan dimana Singapura menarik balik prosedur Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) untuk Lapangan Terbang Seletar manakala Malaysia menangguhkan Kawasan Larangan (RA) di ruang udara Pasir Gudang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/Bv1sBA7FG0t/

Perjanjian tersebut telah dicapai dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook dan Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan pada 6 April 2019.

Kini anda boleh berkunjung ke Singapura dengan menggunakan perkhidmatan Firefly. Diharap dengan kerjasama dua hala ini akan memantapkan lagi perkembangan ekonomi negara kita.

Sumber