Semalam pihak anak syarikat penerbangan Malaysia Airlines, Firefly telah memuat naik pengumuman di Facebook yang memberitahu bermula 1 Disember nanti semua penerbangan ke Singapura akan digantung buat sementara waktu.

Menerusi pengumuman tersebut, penggantungan penerbangan ke Singapura akan berkuatkuasa sehingga pihak berkenaan berjaya menyelesaikan perkara berkenaan dengan perpindahan operasi pesawat turboprop dari Lapangan Terbang Changi ke Seletar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lapangan Terbang Seletar baru sahaja beroperasi 19 November lepas yang menelan belanja sebanyak RM234.7 juta. Lapangan terbang baharu ini mampu menampung sehingga 200 orang penumpang dalam satu-satu masa. Operasi penerbangan dengan pesawat jenis turboprop dijadualkan bakal bermula 1 Disember nanti.

Buat masa ini pihak Firefly masih belum mendapatkan tarikh pembukaan semula penerbangan laluan tersebut dan urusan semua penumpang yang terjejas sedang dilaksanakan.