Pada Sabtu yang lalu, telah berlangsungnya Perlawanan Piala AFF yang menyaksikan pertarungan separuh akhir pertama antara Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Terbaharu, tular di media sosial sebuah video yang memaparkan aksi penonton ketika berada di Stadium Nasional Bukit Jalil. Menerusi video tersebut, dapat dilihat penonton melontarkan gelas minuman plastik secara rambang selepas perlawanan tamat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bukan itu sahaja, segelintir penonton terlihat gembira membaling gelas minuman plastik yang masih lagi berisi air minuman. Video TikTok itu telah dikongsikan kembali oleh beberapa pengguna media sosial lain dan mendapat perhatian orang ramai.

Rata-rata netizen berasa kurang senang dengan sikap yang ditonjolkan oleh penonton tersebut seperti tidak berfikir akan kesan tindakan mereka. Malah, para netizen turut mengatakan tindakan mereka mengotorkan tempat tersebut dan seharusnya mereka membuang sampah ke tong sampah.

Para netizen juga berasa pelik mengapa mereka harus membaling sampah seperti itu dan pastinya akan menyukarkan proses pembersihan. Malah, ada juga netizen membandingkan dengan penonton di negara lain yang membersihkan tempat duduk stadium selepas perlawanan tamat.