Memakai pakaian atau ‘outfit’ yang mahal sering kali dikaitkan dengan kekayaan pemakainya. Malah, pemakaian jenama-jenama mewah yang hadir dengan harga puluhan ribu ringgit antara yang membuatkan pemakainya tampil berbeza baik dari segi penggayaan mahupun status daripada orang lain.

Dalam pada itu, siapa sangka tular di TikTok @arifbunayya baru-baru ini apabila beliau menggayakan outfit bernilai RM1.63 juta secara keseluruhan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Outfit yang dikongsikan bersama penonton terdiri daripada baju Gucci x adidas bernilai RM5,000, gelang tangan Hermes bernilai RM3,000, Dior Gold Saddle Bag bernilai RM60,0000 serta kasut LV x Nike bernilai RM70,000.

Dalam pada itu, apa yang lebih mengejutkan penonton sudah pastinya jam tangan yang dipakainya iaitu jam tangan daripada jenama Richard Mille bernilai sekitar RM1.5 juta.

https://www.tiktok.com/@arifbunayya/video/7141227886375210266?_r=1&_t=8VaCRHzsU3F&is_from_webapp=v1&item_id=7141227886375210266

Perkongsian outfit yang dibuat lelaki yang merupakan seorang ahli perniagaan dan forex trader ini nyata telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan netizen.

Walau bagaimanapun, para netizen lebih tertarik dengan ayat terakhir lelaki ini dalam video yang memaklumkan semuanya sekadar ‘pinjaman’ di mana terdapat netizen menafsirkan beliau meminjam outfit ini daripada orang lain dan terdapat juga yang berpendapat pinjam yang dimaksudkan adalah pinjaman daripada Allah kepada hambanya.

Sumber: TikTok @arifbunayya
Sumber: TikTok @arifbunayya

Selain itu, terdapat juga netizen yang mengkritik cara beliau menyebut beberapa jenama pakaian dan jam tangan yang digayakan. Pemakaian yang dipakai oleh beliau sekaligus menjadi antara outfit termahal pernah digayakan di Malaysia pada ketika ini.

Setakat artikel ditulis, video perkongsian nilai outfit ini telah berjaya meraih hampir 800 ribu tontonan beserta lebih 1,000 komen daripada netizen.