Tidak pasti sama ada ianya serious atau tidak tetapi peninju jutawan, Floyd Mayweather berkata beliau mungkin membeli Newcastle United dan membawa ‘rakannya’ Cristiano Ronaldo kembali ke Premier League.

Mayweather terkenal sebagai seorang pelabur yang bijak menggunakan wang kemenangannya. Untuk melabur di Premier League mungkin sesuatu yang baharu bagi beliau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

mayweather

Pemilik Newcastle United, Mike Ashley sebelum ni sudah lama berkira-kira untuk menjual pegangan beliau dalam Newcastle United dan tawaran ini nampak sangat too good to be true. Salah satu sebab untuk Mayweather membeli kelab ini adalah kerana peminat Newcastle yang hebat ketika bergembira menurut Mayweather.

“Saya telah bertemu dengan ramai pemain bola sepak dan mereka semuanya baik belaka. Saya sentiasa mencari peluang bisnes baharu dan walaupun saya sukakan semua sukan, saya perlu melabur dengan kepala bukannya dengan hati,” kata Mayweather. “Tetapi jika ada pelan bisnes yang bagus, kenaa tidak? Saya juga mungkin boleh panggil rakan saya, Cristiano Ronaldo untuk habiskan karier beliau di Newcastle,” tambah Mayweather.

Nampaknya Mayweather masih lagi setahun jagung dalam bidang bola sepak ini. Agak sukar sebenarnya untuk tarik pemain seperti Ronaldo untuk menyertai kelab seperti Newcastle tetapi jika benar Mayweather ingin mengambil alih Newcastle, apa-apa sahaja boleh terjadi.

Sumber