Umum tahu kos memiliki kereta adalah tinggi di Malaysia. Bermula daripada membayar bayaran bulanan kepada bank, kos minyak sehinggalah kepada kos penyelenggaraan. Harga kereta yang turun dengan mendadak secara tidak langsung turut membuatkan orang ramai sukar untuk menggantikannya dengan model terbaru.

Menyedari akan permasalahan yang berlaku, syarikat Flux tampil dengan sebuah solusi dimana anda berpeluang melanggan kereta dengan mudah. Bermula daripada model kecil seperti Kia Picanto sehingga model mewah BMW 530i, semuanya ditawarkan melalui syarikat ini.

Screen Shot 2019-10-11 at 12.07.13 PM

Screen Shot 2019-10-11 at 12.06.32 PM

Menawarkan seleksi kereta untuk dipilih dengan bayaran bulanan yang berbeza mengikut model, para pengguna tidak lagi perlu risau soal penyelenggaraan dan cukai jalan yang perlu dibayar kerana Flux menanggung kesemuanya.

Dari segi harga, Kia Picanto selaku model kelas terendah ditawarkan para harga RM895 sebulan untuk dua tahun kontrak manakala langganan selama setahun dikenakan cas RM1,040 sebulan. Dalam erti kata lain, para pengguna bakal menerima harga bulanan yang lebih rendah sekiranya melanggan dengan kontrak yang panjang.

Menurut Flux, langganan kereta ini dilihat sebagai langkah yang lebih jimat berbanding memiliki kereta sendiri dimana orang ramai tidak perlu mengeluarkan deposit sebanyak 10% sebaliknya cuma perlu deposit untuk sebulan langganan.

2018-bmw-6-series-gran-turismo-with-m-performance-parts

Buat anda yang mahu melanggan kereta mewah, Flux turut menawarkan BMW 630i GT M Sport yang ditawarkan dengan langganan RM8,837 sebulan. Selain itu, setiap model yang ditawarkan Flux turut ditawarkan dengan sistem sekuriti bagi mengelakkan daripada kereta yang dilanggan daripada kejadian yang tidak diingini.

Buat anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Flux anda boleh klik di sini untuk melihatk seleksi kereta yang tersedia syarikat ini.

Selain pengenalan Flux di Malaysia, tahukah anda mengenai isu sensasi minggu ini melibatkan Honda Jazz yang melanggar kereta pelumba negara semata-mata untuk mahu mengelakkan tol? Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Elak Bayar Tol, Netizen Cari Honda Jazz Langgar Kereta Pelumba Negara

Tular Langgar Kereta, ‘Meme’ Pemandu Honda Jazz Hiburkan Netizen

Sumber