Musim 2018 bakal bermula mulai 3 Februari 2018 ini. Jadual telah dikeluarkan oleh FMLLP. Untuk makluman para pasukan dan juga penyokong, perancangan jadual ini telah diambil kira dari pelbagai sudut serta mengikut jadual-jadual pertandingan antarabangsa antaranya, AFC Champions League 2018, AFC Cup 2018, SUKMA 2018, Piala AFF Suzuki 2018, serta Kalendar FIFA bagi pasukan Kebangsaan.

Selain itu, ada beberapa perkara utama juga diambil kira dalam penjadualan musim 2018 ini;

1. FORMAT DAN TEMPOH LIGA

22 jumlah perlawanan bagi setiap pasukan (11 perlawanan sebagai tuan rumah manakala 11 perlawanan sebagai pasukan pelawat) dari Februari 2018 sehingga Julai 2018. Liga akan terus berjalan 4 minggu semasa bulan Ramadhan 2018.

2. TEMPOH PERJALANAN DAN REHAT PASUKAN

Setiap pasukan memperolehi sekurang-kurangnya 2 hari perjalanan dan rehat di antara setiap perlawanan manakala bagi pasukan yang bermain dalam Kelayakan AFC Champions League / AFC Cup 2018 (Johor Darul Ta’zim & Selangor -sekiranya layak), kedua-dua pasukan akan menerima sekurang-kurangnya 2 hingga 3 hari perjalanan dan rehat.

3. BERMAIN SEBAGAI PASUKAN TUAN RUMAH / PELAWAT

Terdapat pasukan yang bermain sebagai pasukan tuan rumah / pelawat tidak melebihi 2 perlawanan berturut-turut. Walau bagaimanapun sekiranya pasukan tersebut layak bermain di Piala FA, pasukan berkenaan berkemungkinan akan bermain 3 perlawanan berturut-turut sebagai pasukan tuan rumah / pelawat. (Tertakluk kepada keputusan undian Piala FA)

4. FIFA DAYS, FIFA WORLD CUP 2018, SUKAN ASIA 2018 dan SUKMA 2018

Liga hanya akan berehat semasa tarikh-tarikh FIFA DAYS, manakala semasa FIFA World Cup 2018 (kecuali perlawanan akhir), Sukan Asia 2018 dan SUKMA 2018 berlangsung, liga, Piala FA dan TM Piala Malaysia tetap akan diteruskan.

5. VENUE BAHARU DAN PERKONGSIAN VENUE

Satu venue baharu bakal digunakan untuk musim 2018 iaitu Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras (Pasukan Kuala Lumpur)
.
Berikut senarai pasukan yang berkongsi venue untuk musim 2018;

a. Stadium Shah Alam (Pasukan PKNS FC dan Felcra FC)
b. Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras. (Pasukan Kuala Lumpur dan PDRM – TBC)
c. Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. (Terengganu FC & Terengganu FC II)
d. Stadium Majlis Perbandaran Selayang (Kuantan FA – TBC & UKM FC – TBC)
.
Stadium Perak akan ditutup sehingga akhir bulan Mac 2018 untuk proses penyelengaraan dan baikpulih. Pasukan Perak akan bermain di Stadium TLDM, Lumut bagi 2 perlawanan pertama.

Pasukan Selangor (akan membuat pengesahan venue dalam masa terdekat), PDRM, Kuantan FA dan UKM FC sehingga kini masih belum membuat pengesahan venue tuan rumah.

6. SIARAN LANGSUNG OLEH PENYIAR RASMI

Terdapat perlawanan Liga Super / Liga Premier telah dijadualkan pada setiap hari Jumaat, Sabtu atau Ahad (perlawanan hujung minggu) serta Isnin, Selasa, Rabu atau Khamis (perlawanan pertengahan minggu). Ini bagi membolehkan pemilihan siaran langsung bagi beberapa perlawanan dibuat secara seimbang oleh penyiar rasmi liga.

7. Edaran pertama ini merupakan Jadual Liga Super dan Liga Premier Fasa I (LS1/LP1 – LS12/LP12). Manakala Jadual Liga Super dan Liga Premier Fasa II (LS13/LP13 – LS22/LP22) akan dimaklumkan selewat-lewatnya 60 hari dari tarikh sepak mula LS13/LP13.

* Sekiranya pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) layak ke AFC Champions League 2018, manakala pasukan Selangor layak ke pertandingan AFC Cup 2018, FMLLP akan mengeluarkan jadual liga baharu melibatkan mana-mana perlawanan Liga Super pasukan JDT dan Selangor (sekiranya perlu)

JADUAL LIGA SUPER MALAYSIA 2018

26678036_1771586116247219_4938821701136373278_o

26678412_1771586122913885_5147829000612670427_o

26233692_1771586126247218_7313328214436501463_o

JADUAL 100PLUS LIGA PREMIER 2018

26239977_1771586032913894_7643723112189084074_o

26232069_1771586036247227_7900469335244209054_o

26233554_1771586029580561_3757775390523553846_o