Baru-baru ini video seorang ibu yang menolak anaknya ke kawasan selamat sebelum dia ditarik masuk ke dalam bahagian bawah eskalator telah menjadi viral di laman media sosial. Sebelum kejadian ngeri itu berlaku, Xiang Liu Juan, 30 tahun sedang memimpin tangan anaknya dan tiba-tiba lantai platform di hujung eskalator terbuka menyebabkan dia terperangkap disitu beberapa saat.

MG_0230
HYPE
HUAWEI MateBook D 15, Komputer Riba Bajet Dengan Kualiti ‘Flagship’
Baca lagi →

Lantaran tragedi ngeri itu, orang ramai di China menjadi lebih berhati-hati dan seolah-olah fobia dengan eskalator. Maka, masing-masing menunjukkan cara tersendiri bagi mengelakkan tragedi yang sama berulang. Ada di antara mereka membiarkan orang lain untuk jalan dulu di eskalator dan melihat sama ada orang itu selamat sampai atau tidak. Kemudian, barulah mereka naik eskalator. Tapi mereka lupa, malang itu tidak berbau.

Rupa-rupanya bukan itu sahaja, ini antara yang telah dibuat oleh mereka yang takut dengan kemungkinan tragedi buruk itu berlaku lagi:

Dan pelbagai aksi menarik yang selebihnya boleh ditonton di sini:

https://www.youtube.com/watch?v=GBgOLFbExIo

Walau bagaimanapun, ada yang berpendapat mereka yang melakukan perbuatan sebegini seperti mahu mempermainkan tragedi yang telah berlaku itu dan tidak menghormati mangsa. Buat pengetahuan anda juga, syarikat yang membuat eskalator ini turut memasarkan produknya itu ke Malaysia tetapi tidak dapat dipastikan di mana ia ditempatkan. Maka, berhati-hati semasa menaiki eskalator kerana buat masa ini semua eskalator daripada syarikat tersebut ditangguhkan operasi sehingga selesai penyiasatan.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka