Kepada individu yang sangat sibuk bekerja sehingga tidak mempunyai masa untuk bersenam di siang hari, pastinya aktiviti bersenam dilakukan pada sebelah malam. Namun peratusan risiko bahayanya bersenam pada waktu malam adalah tinggi disebabkan keadaan yang gelap sekaligus mengundang kepada bahaya khususnya melibatkan aktiviti larian.

Individu yang sering melakukan aktiviti bersenam pada sebelah malam tidak perlu risau lagi kerana fon telinga Leah Life Saving Light-Up telah direka khas supaya penggemar aktiviti bersenam pada waktu malam akan kelihatan meskipun di dalam keadaan gelap.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Fon telinga ini bakal membolehkan anda dilihat oleh sesiapa sahaja dengan sisitem lampu terbina membolehkan pemakai dilihat dengan jelas dari jarak 100 kaki. Kepada anda yang gemar bersenam pada waktu malam, anda boleh dapatkan fon telinga yang direka khas ini menerusi Kickstarter.