Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat semakin meningkat golongan yang memerlukan bantuan dan makanan bagi meneruskan kehidupan selepas tidak lagi dapat keluar mencari rezeki.

Isu yang berlaku ini secara tidak langsung turut menjemput golongan yang berkemampuan untuk menghulurkan bantuan bagi memastikan orang ramai dapat meneruskan kehidupan menerusi bantuan makanan yang disediakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Salah satu inisiatif yang dilakukan adalah penawaran food bank di mana orang ramai yang tidak berkemampuan dan memerlukan boleh mendapatkan barangan keperluan secara percuma.

Dalam pada itu, para netizen seolah terkejut melihat gelagat orang ramai menerusi perkongsian di Facebook We are Malaysians yang menyerbu food bank ini dengan mengambil barangan dalam kuantiti yang banyak sehinggakan food bank ini ‘licin’ dalam tempoh tidak sampai 10 minit.

Kesesakan dan jumlah barangan yang diambil sekaligus mengundang pelbagai pendapat dan persoalan di kalangan netizen. Terdapat netizen yang melabelkan segelintir mereka yang mengambil barangan sebagai tamak selepas dilihat mengambil barangan melebihi keperluan. Tidak kurang juga yang mempersoalkan kaedah food bank tersebut.

Screen Shot 2021-07-10 at 2.13.32 PM
Sumber: facebook We are Malaysians
Screen Shot 2021-07-10 at 2.13.39 PM
Sumber: facebook We are Malaysians
Screen Shot 2021-07-10 at 2.14.08 PM
Sumber: facebook We are Malaysians
Screen Shot 2021-07-10 at 2.14.26 PM
Sumber: facebook We are Malaysians

Tujuan penubuhan food bank adalah bagi membantu golongan yang memerlukan mendapatkan makanan keperluan. Dalam pada itu, adalah dinasihatkan agar isu pengambilan melebihi keperluan

Tular sebelum ini di media sosial mengenai sebuah keluarga yang mengambil semua barang di food bank sehingga habis. Turut dikongsikan, penjualan kata-kata semangat di Shopee dengan harga 20 sen. 

Pentingkan Diri, Warganet Kecam Sikap Tamak Keluarga Ini Ambil Semua Barang Di Food Bank

Jual Kata-Kata Semangat Berharga 20 Sen Di Shopee, Kreativiti Peniaga Ini Buat Netizen Terhibur