Agak pelik apabila nasi dan durian dimakan bersama. Lebih pelik lagi jika ada yang terlintas untuk menghasilkan nasi goreng durian.

Walaupun pelik, menu unik ini wujud dan dijual di Pulau Pinang. Itu pun selepas kami menonton video terbaru daripada foodie terkenal Trevor James atau lebih dikenali sebagai The Food Ranger.

BeFunky-collage-2
HYPE
Gaya Hidup Sudah Berubah, Ini Antara Perkara Yang Anda Akan Rindu Ketika PKP
Baca lagi →

EXTREME Durian Fried Rice in Penang Malaysia @Ah Chong Fried Rice!!!

EXTREME Durian Fried Rice in Penang Malaysia at Ah Chong 炒飯 !!! Watch until the end!! This is SUPER UNIQUE!! With spicy Sambal Belacan!

Posted by The Food Ranger on Tuesday, 30 June 2020

Restoran Ah Chong Fried Rice (tidak halal) yang terletak di Georgetown ini menawarkan menu ini sejak beberapa bulan yang lalu. Khas untuk Trevor, mereka menggunakan durian Musang King yang merupakan durian kegemaran Trevor untuk menu ini.

Dapat dilihat Trevor merakam bagaimana nasi goreng durian ini dihasilkan. Tidak terhenti setakat nasi goreng durian, durian Musang King fresh dijadikan pula ‘lauk sampingan’ untuk dimakan dengan sambal.

Food Ranger comment

Antara komen yang ditulis pengikut Trevor di Facebook

Menerusi komen pada video tersebut, rata-rata pengikut Trevor terutamanya dari Asia Tenggara geleng kepala dengan Trevor yang sanggup cuba menu tersebut.

Trevor membalas beliau tahu durian secara tradisinya tidak dimakan begitu, tetapi beliau seorang yang adventurous dan suka mencuba makanan fusion. Tambahnya, durian yang dicicah dengan sambal adalah padanan yang ‘kena’.

Kita yang makan durian sejak kecil nampaknya kalah dengan Trevor yang berani cuba makan durian dicicah dengan sambal. Jadi selepas menonton video ini, adakah anda mahu cuba buat sendiri nasi goreng durian di rumah?

P/S: Mungkin Trevor masih belum merasai menu berasaskan durian yang lebih sedap seperti ikan patin tempoyak. Nanti barulah beliau tahu kesedapan makanan berasaskan durian yang sebenar.

Ini pula kisah lain berkaitan durian. Di Jerman, 12 orang telah menerima rawatan selepas mereka mendakwa terbau ‘gas beracun’ yang rupanya hanyalah bau durian. Baca lagi pada pautan di bawah.

Akibat Hidu Bau Durian, 12 Orang Di Jerman Jatuh Sakit

Selepas Kek, Mila Jirin Jual Durian Pula Demi Bayar Gaji Pekerja Kerana Syarikat Mengalami Kerugian

Tertarik Dengan Keunikan Malaysia, ‘YouTuber’ Food Ranger Kini Menetap Di Kuala Lumpur

Anda Mungkin Suka