Penggunaan perkhidmatan TNG eWallet dan FoodPanda sudah menjadi satu rutin biasa di dalam seharian rakyat Malaysia. Oleh itu, kerjasama dalam mengintegrasikan kedua-dua perkhidmatan ini dapat memenuhi keperluan ramai.

Touch ‘n Go eWallet dan FoodPanda kini mengumumkan kerjasama secara rasminya yang mana membolehkan para pengguna melakukan pembayaran menggunakan baki TNG eWallet.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Touch ‘n Go

Untuk makluman, integrasi kedua-dua perkhidmatan ini telah dilakukan mungkin bertujuan untuk percubaan sejak beberapa minggu lalu. Memandangkan kini sudah diperkenalkan secara rasmi, anda boleh memilih kaedah pembayaran TNG eWallet sewaktu checkout di FoodPanda.

Bersempena dengan kerjasama ini juga, pengguna diberikan diskaun RM12 apabila menggunakan kaedah pembayaran TNG eWallet menerusi FoodPanda jika pembelian melebihi RM25. Promosi ini berlangsung pada saat ini sehingga 28 Februari 2022 kelak dan perlu menggunakan kod promo TNG  di FoodPanda.

Sumber