foodpanda dan LEGO mengumumkan bahawa pelanggan kini boleh menggunakan aplikasi mudah alih foodpanda untuk penghantaran set LEGO dengan kadar segera.

Memetik kenyataan rasmi dikeluarkan, LEGO teruja untuk bekerjasama dengan foodpanda sambil meraikan kewujudan mereka yang ke-90. Ketua e-Dagang SEA di LEGO Group, U-Fong Chua, berkata memasuki pasaran e-Commerce akan memudahkan pelanggan mendapatkan produk LEGO dan membawa peluang baharu untuk orang ramai membina dan bermain bersama pada bila-bila masa dan di mana sahaja yang mereka suka.

Baca Juga:

Set LEGO itu kini boleh didapati di Singapura dan Malaysia. Untuk Malaysia, pelanggan boleh membeli set tersebut dari kedai 30 pandamart terpilih di sekitar Lembah Klang dan Seremban.

Bagaimanapun tidak semua kedai pandamart mempunyai stok pada masa ini. Difahamkan produk tersebut dijangka akan berada di lebih banyak Pandamart menjelang akhir Q4 2022 nanti.

Bagi pengguna iOS dan Android, anda boleh taip ‘LEGO’ pada ruangan carian dan foodpanda akan menunjukkan Pandamart yang mempunyai set LEGO terdekat dengan lokasi anda.

Setelah itu anda boleh ‘add to cart‘ dan membuat pembayaran sebelum ‘hadiah’ itu sampai ke lokasi yang anda tetapkan dalam tempoh tertentu (bergantung pada lokasi pandamart).

Sumber Gambar: Aplikasi foodpanda

Hasil carian set LEGO pada aplikasi foodpanda melalui pandamart KLCC yang berhampiran penulis ketika ini, didapati set permainan itu ditawarkan daripada bermula RM29.90 sehingga RM99.90, namun dijangka LEGO akan menambah lagi pilihan set koleksi permainan mereka pada masa akan datang.

Jika ada yang masih ragu-ragu untuk membelinya melalui aplikasi foodpanda, janganlah risau kerana Tech TRP melaporkan LEGO Group sahkan bahawa set permainan yang dibeli daripada pandamart adalah asli dan direct stock daripada jenama terkenal berkenaan — jadi para collector usah bimbang untuk membeli daripada aplikasi tersebut.

Jangan lupa masukkan kod promo LEGOMART untuk mendapatkan diskaun RM6 bagi beberapa rangkaian pandamart terpilih semasa anda beli set LEGO nanti.

Sumber