Di saat negara dalam tempoh perintah kawalan pergerakan, masih terdapat syarikat yang terpaksa bekerja keras dalam memastikan kehendak orang ramai dipenuhi.

Salah satu syarikat yang terlibat sudah pastinya syarikat foodpanda yang menjalankan servis penghantaran makanan. Melalui laporan terbaru yang dikongsikan, dilaporkan terdapat seorang staf pekerja foodpanda yang bekerja di pejabat korporat disahkan positif wabak coronavirus.

foodpanda-md-catching-up-fi-2

Pengarah urusan Foodpanda, Sayantan Das turut menggesa para pekerja untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan. Sumber: Vulcan Post

Sehubungan dengan isu yang melibatkan pekerja bidang korporat foodpanda, syarikat ini telah mengambil langkah proaktif dengan melakukan pembersihan serta-merta.

foodpanda turut memilih untuk mewajibkan kesemua pekerja menjalankan pemeriksaan kesihatan lanjut dimana kos perubatan ditanggung oleh syarikat ini.

Setakat ini masih belum terdapat sebarang kes COVID-19 melibatkan pihak penghantar makanan foodpanda manakala operasi penghantaran makanan masih diteruskan seperti biasa.

Singapura telah mengumumkan pembatalan sebarang penjualan bazar Ramadan di negara tersebut pada tahun ini bagi mengelakkan daripada penyebaran wabak. Ikuti juga kisah lucu Lee Chong Wei yang membuatkan para netizen terhibur.

Singapura Batalkan Sebarang Penjualan Di Bazar Ramadan Pada Tahun Ini

Kisah Lucu Lee Chong Wei ‘Shopping’ Barang Dapur Buat Netizen Terhibur

Anda Mungkin Suka