Di Malaysia, sate memang terkenal kerana rasanya yang lazat dan menyelerakan. Malah, bandar Kajang juga terkenal sebagai bandar sate kerana banyak kedai sate berada di sana.

Untuk pengetahuan anda, Justin Yip yang merupakan seorang warga Malaysia berasal dari Melaka telah membuka perniagaan foodtruck menjual sate di Itali sejak tahun 2017.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Justin, tujuan utama beliau membuka perniagaan ini adalah kerana ingin menghasilkan makanan yang bertepatan dengan cita rasa orang Asia yang sukakan pedas dan rindukan rumah mereka setelah duduk lama di Itali.

Akan tetapi, rata-rata pelanggannya kini merupakan warga Itali sendiri dan ini cukup mengagumkan. Boleh dikatakan hampir 90% pengunjungnya gerainya setiap hari adalah orang Itali. Sate yang dihidangkan juga sedikit berbeza berbanding sate traditional di Malaysia kerana ia telah disesuaikan sedikit dengan cita rasa warga Itali.

Menurut Justin, sate yang dibakarnya tidak boleh terlalu garing kerana orang Itali akan menganggapnya sudah hangus. Bagi rasa pula, beliau mengurangkan rasa manis pada sate dan pedas pada kuahnya supaya ia boleh diterima oleh penduduk setempat.

Sebenarnya di Itali terdapat satu undang-undang unik dimana memerlukan setiap penjual makanan foodtruck untuk sentiasa berpindah ke tempat berbeza dalam setiap 1 jam. Penjual makanan juga tidak dibenarkan menjual makanan 200m dari kawasan sekolah dan gereja.

Tahniah diucapkan diatas kejayaan Justin membina kerjaya dan perniagaan disana serta memperkenalkan salah satu makanan terkenal Malaysia di Itali.

Sebut tentang sate, adakah anda tahu sejarah sate Haji Samuri? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Bagaimana Sate Haji Samuri Bantu Dalam Menaikkan Nama Bandar Kajang

Tonton Watak Disney Bakar Sate Dan Tebar Roti Canai Dalam ‘Mickey Go Local’

‘Ramly Burger’ Pencetus Revolusi Burger Jalanan Di Malaysia

Sumber