Seperti yang ramai sedia maklum, industri sneakers sememangnya semakin meletup sejak beberapa tahun terakhir ini. Penawaran model hype disertai dengan kolaborasi artis antarabangsa dan pereka fesyen tersohor membuatkan sneakers keluaran adidas, Nike dan beberapa jenama lain berjaya dijual dengan harga mencecah lima angka.

Gelombang industri sneakers ini nampaknya bukan sahaja meletup di Malaysia malah seluruh dunia dimana para peminat streetwear tidak kisah untuk berbelanja besar bagi mendapatkan model keinginan mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

foot-locker-goat-investment-01-1200×800

Melihat kepada jumlah permintaan yang tinggi, Foot Locker selaku syarikat penawaran kelengkapan sukan dan aksesori baru-baru telah membuat pelaburan sebanyak $100 juta (RM407.15 juta) kepada GOAT Group, sebuah syarikat popular dalam menawarkan sneakers resell secara atas talian.

Pelaburan yang dibuat Foot Locker keatas laman GOAT ini dilihat sebagai altenatif Foot Locker dalam menembusi pasaran sneakers yang dijual secara resell. Umum mengetahui peningkatan orang ramai yang tidak kisah untuk mendapatkan sneakers secara resell atau dengan harga lebih tinggi secara tidak langsung telah membunuh pasaran pengeluar sneakers yang dijual secara runcit.

GOAT-Sneakersimage-credit_GOAT
Off-White x Nike Air Max 90. Model paling hangat dikalangan streetwear ketika ini

Untuk pengetahuan, setakat tahun ini, GOAT sudahpun berjaya mengumpul sebanyak 11 juta pengguna melalui laman web mereka. Sebagai perbandingan, mereka cuma mempunyai sebanyak 2.5 juta pengguna sekitar setahun yang lalu.

Penjualan sneakers dengan harga yang tinggi serta disambut baik oleh pengguna seluruh negara membuatkan GOAT terus berkembang sehingga 500% serta memperoleh penjualan RM41 juta dalam satu tahun.

goat-nyc-theme-4

Melihat kepada peningkatan kepada resell sneakers terutamanya model-model hype, pelaburan Foot Locker kepada GOAT Group dilihat sangat berbaloi. Tidak mustahil kedua-dua syarikat besar ini mampu bekerjasama dalam membawakan lebih banyak stok dan model hype buat para pengguna.

Sumber