Siapa kata dengan muzik tidak boleh buat duit? Forbes minggu lalu mengeluarkan senarai 10 pemuzik dunia yang memperoleh pendapatan tertinggi untuk sepanjang tahun 2017.

Pendapatan artis ini dikira bukan sahaja daripada pendapatan mereka membuat muzik dan juga hasil daripada jualan tiket konsert tetapi dengan pendapatan bisnes-bisnes lain yang mereka ada contohnya jenama pakaian sendiri, label muzik dan sebagainya.

Percaya atau tidak, P. Diddy yang tidak mempunyai satu pun lagu hit untuk tahun ini berada di tanggan teratas senarai yang dikeluarkan oleh Forbes. P.Diddy tahun lalu menjana pendapatan USD60 juta tetapi tahun ini menggandakan pendapatan beliau lebih dua kali ganda.

puff daddy 1

Pendapatan P.Diddy tahun ini diperoleh daripada tour konsert Bad Boy Family, jualan minuman keras miliknya Ciroc dan jualan jenama fesyen beliau Sean John. Sumber lain termasuklah royalti untuk karya lagu-lagunya sebelum ini dan tajaan produk.

Di tangga kedua adalah penyanyi terkemuka Beyonce dengan USD105 juta, Drake ketiga dengan USD94 juta, The Weeknd di tangga keempat dengan USD92 juta dan Coldplay di tangga kelima dengan USD88 juta. Artis di tempat kedua hingga ke lima ini pendapatan mereka hadir daripada hasil tour serata dunia dengan lagu-lagu terbaru mereka.

Kumpulan rock seperti Metallica dan Guns N’ Roses turut tersenarai dalam senarai top 10 pemuzik dengan pendapatan tertinggi oleh Forbes. P. Diddy di sini membuktikan beliau tidak hanya bergantung kepada muzik untuk menjana pendapatan dan beliau memang seorang businessman/artis yang hebat. Di bawah adalah senarai top 10 artis dengan pendapatan tertinggi sepanjang tahun ini.

1. P Diddy (USD 130 juta)

2. Beyonce (USD105 juta)

3. Drake (USD94 juta)

4. The Weeknd (USD92 juta)

5. Coldplay (USD88 juta)

6. Guns N’ Roses (USD84 juta)

7. Justin Bieber (USD83.5 juta)

8. Bruce Springsteen (USD75 juta)

9. Adele (USD69 juta)

10. Metallica (USD66.5 juta)

Sumber