Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sejak mula diperkenalkan F-150 Raptor telahpun mencuri perhatian ramai berdasarkan rekaan serta spesifikasinya yang memukau. Siapa sangka model ini nampaknya telahpun ditawarkan buat pasaran Malaysia oleh pengedar Hamawangsa Kredit.

Berdasarkan laporan, model ini merupakan model CKD dan dipasasangkan di Gurun, Kedah. Model ini juga hadir variasi tunggal buat pasaran Malaysia dengan penyertaan enjin 3.5l twin turbo EcoBoost V6 yang menghasilkan 450hp, 691 Nm tork serta hadir dengan sistem transmisi automatic dengan 10 kelajuan.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Buat anda yang mahukan lebih kuasa, pengedar Hamawangsa turut menawarkan versi Monster Intercooler yang membolehkan enjin model ini menghasilkan 520hp dan 827 Nm tork.

Melihat kepada spesifikasi yang memukau harga yang tinggi sudahpun dijangkakan ramai. Di Malaysia, model Ford F-150 Raptor mula ditawarkan dengan harga RM788 ribu dimana Hamawangsa Kredit mensasarkan harga sebanyak 20-30 unit bakal terjual dalam satu tahun.

Buat anda yang meminati kereta pacuan empat roda serta mahukan penguasaan kuasa yang tinggi, mungkin Ford F-150 Raptor merupakan pilihan bagi anda. Sanggupkah anda melaburkan RM788 ribu untuk model ini?

Anda Mungkin Suka