Akhirnya, Ford Mustang tiba di Malaysia! Ini adalah antara muscle car yang sangat terkenal dalam dunia permotoran dunia. Kereta Made In USA itu kini mula dijual oleh pengedar rasminya, Sime Darby Auto Connexion.

Dua variasi enjin ditawarkan bagi Ford Mustang baru ini, 2.3-liter EcoBoost (turbo) dan 5.0-liter V8 dengan harga masing-masing bermula RM488,888 dan RM598,888 (atas jalan, tanpa insurans).

mustang msia

Kedua-dua enjin ini didatangkan dengan transmisi automatik enam kelajuan SelectShift . Walaupun anda tidak membawa kereta manual, tetapi anda masih dapat rasakan feel kereta manual di mana paddle shifter terdapat di bahagian stereng untuk anda menukar gear ketika meluncur laju di jalanan.

Lima warna ditawarkan untuk dua model ini iaitu merah (Race Red), putih (Oxford White), hitam (Shadow Black), biru (Deep Impact Blue) dan Magnetic. Tambahan warna kuning Triple Yellow Tri-Coat ditawarkan untuk varian 5.0-liter V8.

Canggih sungguh kereta ini. Sangat handsome dan garang. Tetapi bila melihat harganya yang garang, berfikir dua tiga kali juga untuk memiliki kereta ini. Sebagai perbandingan, kereta ini dijual pada harga sekitar AUD45,000 (lebih kurang RM145,000) sahaja untuk model 2.3 liter EcoBoost di Australia. Jadi kalau anda ada duit lebih dalam tangan dan memang sedang mencari kereta baru, ini adalah keretanya. BOOM.

Ford-Mustang-2.3L-1

Ford-Mustang-2.3L-2

Ford-Mustang-5.0L-V8-4