Ramai yang teruja dengan mendaratnya Ford Mustang di Malaysia. Kereta keluaran Ford itu telah dihasilkan sejak tahun 1964 dan walaupun model ini sudah berusia lebih 50 tahun, aura kereta ini tidak pernah pudar. Permintaan untuk model lama Mustang juga meningkat saban tahun dari collector kereta seluruh dunia.

Untuk Ford Mustang Tahun 1967 ini, ianya telah di custom dengan baik sekali. Dinamakan ‘Obsidian’, kereta ini dikuasakan dengan enjin moden fuel-injected 392ci V8 supercharge; dalam bahasa mudah enjin kereta ini sangat power. Boleh memecut dari 0-100km/j dalam masa 4 saat sahaja.

Kereta ini turut dipasang dengan roll cage dan brake jenama Brembo untuk menambah keselamatan kereta klasik ini. Obsidian ini rasanya selamba boleh bersaing Ford Mustang generasi baru. Siapa kata ‘orang lama’ tak power?

67-mustang-obsidian-1

67-mustang-obsidian-2

67-mustang-obsidian-3

67-mustang-obsidian-4

Ford Mustang ini memang menjadi pilihan dalam franchise filem Fast & Furious. Kereta Mustang dimusnahkan begitu sahaja dalam filem-filem Fast & Furious. Auch. Walaupun dalam filem Tokyo Drift, akhirnya Ford Mustang juga menjadi pilihan untuk perlumbaan terakhir. Tetapi Ford Mustang dalam Tokyo Drift unik kerana ia menggunakan enjin Nissan Nismo. Fusion antara timur dan barat. Power!

Sumber