Setiap kali melihat kereta model terbaru pastinya ruang speedometer dilengkapi dengan pelbagai meter dan kelengkapan yang tampak futuristik namun kurang digunakan pengguna.

Melihat kepada gaya pengguna yang lebih sukakan rekaan yang lebih simple dan minimalis, Ford melalui model Explorer 2020 telah membangunkan speedometer digital yang dilenkapi dengan ‘mindful mode’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
ford-explorer-hybrid-2020
Model terawal Ford yang bakal dilengkapkan dengan mindful mode. Sumber: electrive

Melalui mode ini pengguna tidak lagi ditayangkan dengan beberapa info yang tidak diperlukan ketika memandu sebaliknya cuma memaparkan had kelajuan serta baki minyak sahaja pada speedometer.

Menurut Ford, langkah untuk menghasilkan mindful mode ini dibuat bagi memudahkan pengguna memandu tanpa perlu menghiraukan dengan kelengkapan info yang tidak diperlukan. Walaubagaimanapun, tatapan buat pengguna yang mahukan info yang menyeluruh masih lagi disediakan dimana para pengguna mampu memilihnya mengikut pilihan masing-masing.