Syarikat pembuat trak pikap terkemuka dunia, Ford menerusi rakan pengedarnya Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) di Malaysia telah melancarkan generasi baharu Ford Ranger 2022 untuk pasaran tempatan, pagi tadi.

Untuk model terbaharu ini, trak pikap yang masih mengekalkan platform T6 ditawarkan dalam 7 varian, dua yang didedahkan semasa pelancaran tadi adalah XLT Plus pada harga RM142,888 dan Wildtrak (RM168,888). Manakala bagi empat varian yang lain pula berharga RM108,888 (XL, dua varian) dan RM124,888 bagi varian XLT yang juga mempunyai dua varian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi model 2022, Ford Ranger ditawarkan dalam dua pilihan enjin 2.0 liter EcoBlue empat-silinder turbodiesel, sama ada turbo tunggal (180 PS pada 3,500 rpm dan 405 Nm pada 1,750-2,500 rpm) atau bi-turbo (210 PS pada 3,750 rpm dan 500 Nm pada 1,750-2,000 rpm). Begitu juga dengan kotak gear, ia hadir dalam pilihan automatik 6-speed atau manual 6-speed.

Sumber Gambar: Ford Malaysia
Sumber Gambar: Ford Malaysia

Model ini hadir dengan rekaan yang lebih tegap dan eksklusif, dilengkapi dengan ciri-ciri serta teknologi baharu untuk segmen ini (bagi varian terpilih); penggunaan lampu jenis Matrix LED, refkletor LED/Halogen, skrin sentuh 10.1-inci/12-inci berhubung dengan kamera undur 360-darjah, sistem SYNC 4A dan skrin kluster digital 8-inci pada bahagian pemandu.

Trak pikap ini turut memiliki ruangan khas untuk meletakkan bateri kedua yang boleh dijadikan sebagai additional battery semasa melakukan aktiviti outdoor atau off-road.

Terdapat ‘ruang pemijak’ yang diletakkan bersebelahan tayar belakang supaya ia dapat memudahkan pengguna mengakses ruang kargo belakang semasa memanjat mengambil barang yang ada di dalamnya.

Sumber Gambar: Ford

Dengan menjadikan ayat ‘trak yang dipercayai seluruh dunia untuk hadapi pelbagai rintangan dan halangan’ sebagai moto utama dalam pembangunan trak pikap ini, Ford tidak mengabaikan pelbagai ciri-ciri keselamatan berguna buat para pelanggannya.

Antaranya ialah post-collision brakingevasive steer assist, reverse brake assistcross traffic alertadaptive cruise controlautomated emergency braking (AEB) yang mana kesemua ciri-ciri tersedia dalam varian terpilih ini membantu pemandu sentiasa peka semasa memandu dan sekaligus dapat mengurangkan risiko kemalangan.

Sumber Gambar: Ford Malaysia

“Corak penggunaan trak pikap yang lebih daripada sekadar untuk kerja memang telah berkembang di Malaysia, terutama dalam golongan berpendapatan tinggi.

“Mereka sebelumnya lebih memilih menggunakan SUV, tetapi kini semakin cenderung terhadap Ranger.

“Kami yakin Ranger generasi baru akan memenuhi keperluan dan kemahuan khalayak yang lebih luas sebagai kenderaan serba boleh untuk kerja, keluarga dan riadah,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion-Ford, Turse Zuhair.

Pada akhir pelancaran, sebuah Ford Ranger Raptor 2022 berwarna Sedona Orange diterbangkan khas untuk pelancaran hari ini diperlihatkan dalam masa kurang 60 saat dan model itu bakal dilancarkan sekitar suku ketiga tahun 2022.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sementara itu, lihat pelancaran Perodua Alza 2022 yang dilancarkan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Perdana Menteri Lancar Perodua Alza Baharu Dengan Harga Rasmi Bermula RM62,500

Cuma Sekadar Penggambaran, Gojek Sahkan Tiada Perancangan Masuk Malaysia Buat Masa Ini

Ford F-150 Raptor, Trak Pikap ‘Kayangan’ Yang Cecah Harga RM900,000 Di Malaysia