Sime Darby Auto Connexion telah mengumumkan Ford Ranger Raptor 2019 akan tersedia dengan dua lagi warna yang baharu iaitu ‘Absolute Black’ dan ‘Arctic White’. Harga terbaru untuk model ini masih lagi tidak berubah sepertimana harga sebelum ini iaitu RM199,888 untuk seunit serta dilengkapi dilengkapi dengan jaminan tiga tahun,

Ford Ranger Raptor 2019 ini dikuasakan oleh enjin diesel empat silinder EcoBlue bi-turbo 2.0, dapat menembusi 213 PS dan 500 Nm tork. Model ini juga mempunyai lampu xenon dengan LED DRL, sistem automatik tanpa kunci untuk menghidupkan enjin.

Sistem keselamatan untuk model ini pula telah dilengkapi dengan enam ‘airbags’, ABS dengan EBD, bantuan kawalan brek, kestabilan kereta dan kawalan untuk kegunaan turun bukit. Lihat dua warna baharu model For Ranger Raptor 2019 yang telah diperkenalkan oleh Sime Darby baru-baru ini.

Ford Ranger Raptor 2019 Ford Ranger Raptor 2019

Sumber