Antara jenama fesyen terawal bertapak di Malaysia sebelum kemunculan Uniqlo dan H&M, Forever 21 telah memfailkan notis perlindungan daripada bankrap dan dijangka akan mengecilkan operasi mereka di seluruh dunia.

Forever 21 menjadi jenama terkini yang mempunyai masalah untuk terus beroperasi kerana peningkatan kadar sewa dan persaingan hebat daripada jenama lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Forever 21 mahu memfailkan notis tersebut di bawah Chapter 11 perlindungan kebankrapan yang membolehkan syarikat dari Los Angeles itu kekal beroperasi sementara mereka menemui solusi untuk membayar semula hutang dan menstabilkan semula jenama berkenaan.

Ketika ini, Forever 21 sudah menerima pinjaman USD275 juta (~RM1.15 bilion) daripada JPMorgan Chase & Co dan USD75 juta (~RM314 juta) dana baharu daripada TPG Sixth Street Partners.

Suntikan dana tersebut dilihat dapat membantu syarikat berkenaan untuk kembali ‘berdiri’. Forever 21 juga mahu mengecilkan operasi serta menutup butik yang tidak menyumbangkan keuntungan. Menurut sumber, Forever 21 dikhabarkan mahu menutup hampir semua cawangan mereka di Asia dan Eropah.

https://twitter.com/mendesmcu_/status/1178497989578330112

Mereka dijangka akan terus beroperasi di Mexico dan Amerika Latin di samping terus membuka pasaran mereka di Amerika Syarikat. Pada ketika ini, Forever 21 kekal sebagai salah satu penyewa terbesar di pusat membeli belah di seluruh Amerika Syarikat.

Diasaskan pada tahun 1984, Forever 21 beroperasi dengan lebih 800 butik di seluruh dunia. Modal bisnesnya yang memfokuskan kepada fast-fashion apparel – bergaya, murah dan ‘meniru’ jenama lain kini menerima persaingan hebat daripada jenama lain seperti Zara, H&M dan Uniqlo.

Forever 21 masih beroperasi di beberapa pusat beli belah di Kuala Lumpur. Jika anda salah seorang peminat jenama ini, bolehlah berkunjung ke butik Forever 21 berdekatan anda sebelum jenama ini ucap selamat tinggal kepada Malaysia.

Tahukah anda empayar Forever 21 ini ditubuhkan oleh seorang imigran dari Korea? Baca kisah bagaimana beliau membina nama Forever 21 Amerika Syarikat.

Kisah Bagaimana Imigran Korea Ini Membina Empayar ‘Forever 21’

Forever 21 Dikritik Kerana Bersifat Perkauman Dalam Mengiklankan Baju ‘Black Panther’

‘Gap’ Akan Tutup Operasi Di Malaysia Bulan Ini

Sumber