Sudah menjadi kebiasaan sejak akhir-akhir ini di mana ramai anak muda terjebak dengan forex trading. Dijanjikan pulangan yang besar dalam tempoh yang singkat antara yang membuatkan forex menjadi medium untuk orang ramai mendapatkan wang.

Bukan itu sahaja, dunia forex di Malaysia juga turut ‘dijanjikan’ pulangan dalam matawang USD dengan mudah sekaligus membolehkan mereka yang berjaya dalam dunia forex berpeluang memakai kereta mewah berjenama negara luar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Di sebalik ‘keindahan’ dunia forex, seorang pengguna TikTok @apexsayur27 tampil berkongsi mengapa beliau yang sebelum ini pernah terjebak dengan dunia forex meninggalkannya meskipun meraih wang mencecah 5 angka sebulan.

https://www.tiktok.com/@apexsayur27/video/7189296707597896987?_r=1&_t=8Z5sIoDePz8

Menurut lelaki yang dikenali dengan nama panggilan Apex ini, menjadi introducing broker (IB) membuatkan beliau mudah untuk meraih wang meskipun tidak berdagang atau trade.

Malah, beliau sendiri mengakui terkadang gagal membuat keuntungan menerusi trading sehingga terpaksa meminjam duit isteri berikutan kerugian sehingga RM50,000 sepanjang dua bulan.

Walau bagaimanapun, beliau masih lagi mampu meraih sehingga RM20,000 berikutan jumlah pelabur forex yang tinggi mendaftar di bawahnya. Dalam erti kata lain, beliau tidak perlu trade untuk meraih wang yang besar. Memberi signal dan motivasi sudah menjadi rutin bagi seorang IB.

Sumber: TikTok @apexsayur27

Meskipun terdapat hari di mana mampu meraih sehingga RM10,000 sehari, Apex mengakui wang yang diperoleh seolah tidak kekal lama dan tiada keberkatan. Beliau juga turut mengakui forex turut membuatkan beliau seolah terikat dengan telefon pintar beliau.

Lama kelamaan, beliau memilih untuk berhenti daripada forex hanya kerana satu sebab iaitu mencari keberkatan dalam mencari rezeki buat keluarga serta mahu meninggalkan perkara yang haram menurut hukum Agama Islam.

Walaupun wang yang diperoleh menerusi perniagaan dikatakan tidak serancak sewaktu trading forex, Apex akui lebih tenang kehidupannya berbanding sebelum ini. Perkongsian yang dibuat turut menjentik emosi para netizen yang menyokong tindakan beliau untuk berhenti trading forex. Berikut merupakan antara respon netizen menerusi perkongsian yang dibuat.

Sumber: TikTok @apexsayur27
Sumber: TikTok @apexsayur27
Sumber: TikTok @apexsayur27

Untuk pengetahuan, berdagang forex sememangya telah difatwakan haram oleh Mufti Wilayah Persekutuan. Malah, pihak mufti turut mengeluarkan pencerahan penuh mengenai sebab dan hukum berdagang forex meskipun berniat untuk melakukan sedekah. Orang ramai berpeluang untuk mengetahui lebih lanjut dengan klik di sini.