Pada pukul 7 petang semalam, telah berlangsungnya majlis pembukaan Olimpik 2020 di Stadium Olimpik Tokyo. Walaupun pada majlis kali ini tidak membenarkan sebarang penonton, namun tuan rumah tetap menjayakan majlis tersebut dengan penuh meriah sekali.

Antara salah satu persembahan yang menjadi bualan orang ramai ialah pertunjukan berteknologi tinggi dengan menerbangkan ribuan dron ke udara untuk membentuk beberapa formasi.

Menjelang detik terakhir upacara pembukaan, sebanyak 1,824 dron muncul di atas stadium dan mula membentuk beberapa formasi seperti logo Olimpik dan bentuk bumi.

Rata-rata ramai penonton dari rumah berasa sangat teruja melihat formasi ribuan dron tersebut yang dibuat dengan tersusun dan kemas menghiasi langit pada waktu malam.

Memang hebat betul siapa yang menerbangkan dan mengawal hampir 2 ribu buah dron tersebut serentak. Sekiranya anda masih belum lihat lagi formasi dron itu, anda boleh tonton video yang kami kongsikan di atas.

Datuk Azizulhasni Awang memperlihatkan basikal yang berharga ratusan ribu untuk digunakan semasa acara Olimpik 2020 ini. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Harga Cecah RM300,000, Ini Jentera Yang Bakal Digunakan Azizulhasni Untuk Olimpik 2020

Atlet Olimpik Uganda ‘Hilang’ Di Jepun, Tinggal Nota Tidak Mahu Pulang Ke Negaranya