Saya masih ingat lagi zaman diakhir 90-an serta pasca milenium dimana format MP3 menjadi pilihan ramai pengguna. Antara sebab utama format ini menjadi begitu popular adalah saiznya yang tidak begitu besar serta berjaya untuk mengekalkan kualiti lagu dengan sangat baik.

Kini dua dekad telah berlalu, format ini tidak lagi menjadi pilihan sekaligus mendesak pembangun format audio tersebut untuk menamatkan lesen paten bagi format MP3.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan, sebab utama penurunan populariti format mp3 ini adalah disebabkan pengguna kini lebih memihak untuk mendengar muzik pilihan mereka pada aplikasi-aplikasi penstriman muzik seperti Spotify and iTunes. Untuk pengetahuan anda kedua-dua aplikasi ini menggunakan format audio AAC.

Dalam pada itu, pengguna tidak perlu risau untuk menggunakan format ini setakat ini memandangkan format MP3 ini masih lagi boleh digunakan secara biasa cuma tiada kemaskini terbaru bakal dibuat. Kami jangkakan format ini masih lagi digunakan ramai untuk beberapa tahun sebelum digantikan dengan format lain sepenuhnya.

Mp3 player kegilaan ramai suatu ketika dahulu

Buat anda yang aktif dengan aktiviti memuat turun muzik secara haram suatu ketika dahulu, kami yakin anda pasti cukup kenal dengan software Winamp yang sangat sinonim buat aplikasi ini.

Tidak hanya digunakan sebagai pemain muzik, penyediaan skin yang banyak antara yang membuatkan software ini tampil unik berbanding beberapa software yang lain. Berikut merupakan throwback daripada kami khas buat pencinta winamp dan format MP3.