Ini adalah perkongsian yang hebat dari seorang Salestory-Teller, Irfan Jani.

Beliau kongsikan tentang satu formula kebahagiaan yang nampak mudah, tetapi mungkin kita tidak sedar selama ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ikuti penulisannya di bawah.

FORMULA BAHAGIA = TUNDUKKAN PANDANGAN

“Menurut orang tua-tua Tionghua, perempuan yang cantik selalunya pendek umur.” Saya masih ingat lagi, inilah kata-kata sahabat karib saya sewaktu di Jepun dulu, Wong Fei Hung (nama samaran).

— “Wong, kenapa cantik = pendek umur?”

“Aku pun tak tahu. Tapi dari apa yang aku faham, mereka bukan maksudkan pendek umur atau cepat mati. Mungkin maksud mereka pendek ‘Ong’, atau bahasa Melayu, pendek riziki.”

— Saya buat muka kabur

“Yalah, masa tengah cantik, jual apa semua laku. Cakap apa pun orang angguk. Sayangnya, cantik takkan kekal lama. Sebab itu orang Tionghua percaya, kalau muka cantik cun, kena cepat-cepat kumpul duit. Nanti sudah tua, siapa mau beli ma?”

Perbualan ini jadi ingatan saya sampai sekarang. Walau bunyinya sedikit kejam, namun saya banyak belajar daripadanya.

SIAPA AJAR KITA CANTIK ITU BEGITU BEGINI?

Sebenarnya, siapa yang mengajar kita bahawa kulit cantik harusnya putih? Tubuh kurus, tinggi itu cantik? Hidung mancung dan rambut ikal itu cantik? Siapa yang ajar kita kriteria-kriteria ini? Jawapannya, dunia sekeliling kita.

Ada satu kajian di Barat, beberapa orang subjek lelaki diberi puluhan gambar wanita. Mereka perlu melabel mana yang CANTIK, atau TIDAK CANTIK. Kajian ini membuktikan, lelaki yang jarang menonton TV melabelkan lebih banyak gambar CANTIK, berbanding mereka yang sering menonton.

Sebab itulah orang yang kurang menonton TV dikatakan lebih bahagia dari penonton tegar.

Hebat kuasa Allah. Nabi Muhammad SAW telah mengajar kita kunci kebahagiaan ini, iaitu ‘menundukkan’ pandangan. Rupa-rupanya, lagi kurang kita ‘menonton’, lagi banyak yang kita lihat itu cantik-cantik.

Formulanya mudah:

Tunduk pandangan = Kurang Menonton
Kurang menonton = Rasa semua cantik/indah
Bila semua cantik/indah = BAHAGIA

Ini kerana, kita akan hidup dalam dunia yang indah, sekiranya apa yang kita lihat di sekeliling semuanya indah-indah.

Oleh itu, jangan biarkan persekitaran mengajar kita apa itu cantik, dan apa yang tidak. Biar kita sendiri yang tentukannya. Dan apa yang kita mahu tentukan, SEMUANYA CANTIK.

JANGAN BIAR KECANTIKAN PENGARUHI PRESTASI

Sesetengah staf lelaki, “Alahai, kerja sini boringlah tak ada bunga.” Ada juga lelaki jenis, “Haish rimas aku dapat co-worker suka bermekap ni. Unpunctual.” Ada peniaga, “Aku letak gambar model cantik, terus laris produk aku.” Ada suami, “Untung ada isteri cantik, kawan-kawan respek.”

Sayang sekali, sekiranya kecantikan boleh pengaruhi prestasi kita sehari-hari. Nanti bila cantik itu hilang, ada staf yang lambat naik pangkat, ada suami kena ganti isteri, syarikat kena tukar-tukar model.

Penyelesaiannya MUDAH. Untuk berprestasi, kita setkan di minda, apa yang dilihat adalah indah-indah semuanya. Tapi, persoalannya, adakah ia cukup MUDAH?

“Beauty is in the eye of the beholder.” Kita harus ubah ini.
Seharusnya, “Beauty is in the heart of the Mukmin.”

Seperti kata Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, “Janganlah cari isteri yang cantik. Tapi carilah di mana kecantikan isteri.”

Amacam, sekarang rasa dunia kita lebih cantik ke cantik?

Sekian,
The Salestory-Teller, Al Irfan Jani
The Next Millionaire

Artikel ini dikongsi dengan izin penulisnya.

Like The Vocket di Facebook