Malaysia akan berhenti dari menjadi hos Formula One Grand Prix selepas perjanjian sedia ada akan tamat pada tahun 2016. Ianya disahkan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Nazri Abdul Aziz.

“Kita melihat perkara ini dalam jangka panjang dan keputusan ini tepat kerana sukan ini menjadi semakin mahal dan semakin kurang tarikannya. Kita melaburkan sekitar RM300 juta setahun untuk sukan ini dan kita tidak mendapat sebarang keuntungan dari pelaburan ini,” katanya dalam satu rakaman audio kepada Reuters.

Setelah 17 tahun berturut-turut menjadi hos untuk sukan ini, sudah tiba masanya untuk berhenti menjadi hos kerana jualan tiket yang semakin berkurangan dan kadar tontonan yang tidak seberapa untuk beberapa tahun ini.

sepang-2

Awal tahun ini, orang kuat di sebalik Formula One, Bernie Ecclestone turut risau dengan masa depan Formula 1 kerana Singapura juga ingin menarik diri dari menjadi hos Formula 1 selepas perjanjian negara itu tamat tahun hadapan.

“Minat orang ramai terhadap sukan Formula 1 ini semakin berkurangan bukan sahaja di Malaysia malahan di luar negara. Berbeza dengan MotoGP. MotoGP mempunyai peminat yang tersendiri dan mendapat sambutan hebat setiap tahun. Kita akan rugi besar jika kita hentikan acara MotoGP,” tambah Nazri.

Saya bersetuju dengan keputusan ini. Perlumbaan MotoGP lebih dekat di hati peminat lumba tanah air ketika ini. Mungkin dana Formula 1 ini nanti boleh ditukarkan kepada dana untuk pembangunan pelumba negara dalam sukan MotoGP contohnya untuk Khairul Idham Pawi? Anda bersetuju dengan cadangan ini?

pawi

Sumber