Permainan yang semakin meningkat Fornite nampaknya sekali lagi berkolaborasi dengan francais filem terkenal iaitu John Wick selepas menjalin kerjasama dengan Marvel melalui filem Avengers: Endgame sebelum ini.

Melalui kolaborasi terbaru ini, para pengguna berpeluang mendapatkan skins John Wick menampilkan dua suit yang sinonim dengan John Wick iaitu pakaian rasmi beliau serta pakaian yang digunakan beliau sewaktu bertarung.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain itu, beberapa aksesori lain serta penukul ikonik beliau antara yang disertakan melalui kemaskini terbaru ini. Para pengguna berpeluang mendapatkan barangan eksklusif John Wick melalui pembayaran atas talian yang ditawarkan Fortnite. Pastinya, pertempuran bakal lebih rancak dengan watak John Wick.